Sunday, August 5, 2012

Timur dan Barat

Cerita lama, hasil kerja tanya aku masa aku melepak setahun tu. Ni lagi satu  modifikasi yg aku aku lakukan keatas mini. Satu penambaikan utk system brake. Asal nya mini ni tak ada servo brake. Apa kekurangan nya, well brake akan menjadi agak keras sikit dan respons nya agak lambat dan mengambil masa yg lama utk memberhentikan kereta ni. So itu dah x ikut aku nya driving style.

. So apa yg aku buat, ialah memasang system servo brake. Dalam percarian aku tu, terjumpa juga dgn system servo brake dari mini model 90-an, mini metro dekat kedai potong. Tapi yg ralatnya, servo nya tidak boleh di gunakan...Tapi itu bukan masalah, apa lagi aku bodek pekerja kedai potong itu untuk hanya menjual tapak saja. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju untuk jual, rm 70 ja...apa lagi tanpa pikir panjang terus aku setuju.

Ok tapak dah ada, tapi belum lengkap lagi system ni, so aku mintak dia carikan aku satu servo dari yg lain, cari punya cari, jumpa juga model dari  nissan yg boleh masuk.So apalagi rojak la system ni tapak dari england tapi servo dari jepun...Ok juga rojak ni, pasai dari member yg lain yg pakai system dari mini metro ni, cakap brake dia masih keras lagi...

Next step mcm mana nak gabung kan dua budaya ni, so apa lagi kena visit kawan aku kat kedai foundry.

aku :Taukey, aku mau kasi tapak baru bagi servo, ini barang mau masuk sini. Lu bikin mcm ni, apa mcm boleh buat....

Tauey: Haiyaaa kawan lu tanya gua mcm x kenal gua, mcm gua x kenal lu..Lu kalau datang mesti suruh gua bikin benda mcm mcm..Lu punya pasai nantu gua buat, petang nanti datang tengok..ok..


ha ha ha ha ....so kira settle la bab tu. Tapi masalah x selesai lagi, paiping pon kena cantum gak, kena la visit member satu lagi dan cari paiping brake utk buat sambungan.

So setelah semua nya ada, apa lagi aktiviti membongkar dan menugas semula di lakukan. Hasil nya wauuu amat bagus. Sekarang letak ja kaki, ringan saja menekan brek dan jarak berhenti juga amat bagus sekali ...ha ha ha ..baru la boleh mengawal engin G01 aku niiiii

Apa itu G01 ?  Ini dia spec dia 10.0-1CR, 3.105 final drive, catalyst, no oil cooler. Disebabkan CR yg tinggi tu minyak byk kuat ooooo..pick-up pon kuat gakk oooooo


Yang baru kat atas, yg lama kat bwh. Byk beza kan

Final Setup

No comments:

Post a Comment