Thursday, February 19, 2009

Mendaki Bukit

Gambar yg baru diambik semasa mini sedang dalam pemeriksaan. Sakit juga mini aku ni.

Tak tahu apa yg terjadi, brek depan sebelah kanan telah berasap. Rim jangan rasa la, memang panas waktu tu. Ni semua aku perasan waktu nak rilex minum air kelapa muda. Apa lagi rilex lama la aku kat situ sambil tunggu disk sejuk. Mmm patut la semasa lepas traffic light terasa berat sikit.

Tapi yg mengheran kan aku, aku paksakan juga mini ini utk berjalan pulang, tapi all the way semua cantik, brek pon dah tak hapit lagi sampai hari ni. Agak muskil juga kenapa boleh terjadi mcm tu. Penjelasan paling baik untuk ini, brek sudah sampai masa untuk diservice. Disk brek ni "totally bolt on", tak pernah di service dari mula aku ambik dan pakai dari pendermanya.

Akibat dari keadaan panas tu, greese telah mencair. Ni agak sedikit letih, ye lah kena basuh balik rim tu dan masukkan semua greese yg baru ke dlm hub tu. Tapi menarik jugak boleh check keadaan brek pad dan sembur antirust pada brek piston. Sedar x sedar separuh hari jugak la aku membelai clubman ni, yela dah pegang spaner, tangan dah kotor, ada saja benda yg nak di buat.

Semua barang keperluan brek telah di beli, 2 ps disk brek repair kit rm 90, brek pad rm 80. Tapi tak bila masa aku nak buat, masih tidak ada masa lapang untuk semua ni, ye la benda masing boleh berjalan.

Anyway, bahagian belakang clubman telah ditinggikan sedikit dari keadaan sebelumnya. Asyik tersangkut ja bumper ja, mana boleh tahan kena la. Ini bermakna pembahagian berat telah kembali kebahagian depan, tgk la mcm mana kalau keadaan mungkin sedikit adjustment akan dilakukan lagi hingga dapat balik keselesaan pemanduan ikut spec aku. Ha ha ha