Sunday, January 4, 2009

Satu tapi lain


2 benda yg berlainan, namun pada asalnya adalah satu.


Terdahulu merupakan satu ruang kosong yg perlu di baiki dan di penuhi.

Manakala post ini merujuk kepada ruang yang telah disi. Bukan yg terbaik tapi di harap mampu utk mengejutkan yg lain dgn kemampuannya. Custom part dgn "2 surbo coke" inside dan beberapa upgrade dlm perancangan.
Lihat pada sistem pernafasan nya. Totally custom made dari bahan terbuang. Cap abg air filter, diletakkan pada air flow dari "piping turbo engine mazda e5". Potongan perlu dilakukan dimana "water hose" digunakan sebagai penyambungan. Drive shaft rubber di gunakan utk penyambungan antara air low ke mulut carburator. 1 "surbo coke" diletakkan di antara filter-air flow dan 1 satu pada penyambungan. "Gold lucas coil" digunakan sebagai tapak air filter dan cable "tile" digunakan sebagai pengikat. Itu sahaja dan ia telah berfungsi selama 5 tahun tanpa terjatuh atau menghasilkan bunyi yg tidak menyenangkan.
Untuk menghasilkan kuasa mengecas bateri yg baik bagi menampung ICE system alternator perdana SEI telah digunakan. Ini menghasilkan kuasa mengecas lebih dari 100 watt, cukup untk sebuah kereta yg kecil. Hanya sedikit modifikasi diperlukan - asahan, pada badan alternator perlu dilakukan bagi mengelak dari tersentuh dgn host air.
Mini menang terkenal dgn simptom air panas. Untuk itu satu "reserved water tank" telah dipadankan. Ia di ambil dari acccord 1.8 yg telah di lupus akibat kemalangan. Again hanya cable tile digunakan sebagai pengikat dan air cond piping sebagai tumangnya...Satu ektra kipas telah dipasang pada bagian tangki airnya dan berjalan sepenuh masa.
Namun yg tidak dapat dilupakan, master pumpnya. Modifikasi ini telah dilakukan oleh tuan yg sebelumnya. Kenapa tidak dapat dilupakan, pening kedai spare part mencari alat gantinya bukan dari mini dan ....., ia nya dari nissan c22, dan tank tidak diletakkan dgn baik. Ini perlu dikemaskan di masa hadapan. Perancangan ke arah surbo system, biar lembut sikit menekan brek.

No comments:

Post a Comment